Monday 3 November 2014

Puasa Sunat yang elok diamalkan

Puasa Isnin dan Khamis
Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda : "Diangkat amalan seseorang pada isnin dan khamis maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa" (Hadis Tarmizi)

 
Puasa 3 hari setiap bulan
Lebih afdal pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada 3 tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh.  Jadi cahaya bulan menerangi. Itu dinamakan "Hari Putih"

 
Puasa hari Arafah
Bagi yang tidak mengerjakan Haji. Hari Arafah ini ialah 9 Zulhijjah. Besar fadilatnya. Sabda Nabi SAW maksudnya : " Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya." (Riwayat Muslim) Elok diambil pada hari ke 8 Zulhijjah iaitu maknanya dua hari berturut-turut.

 
Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah
 
Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.

Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)

 
Puasa bulan Syaaban

Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

 
Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan.

 
‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.

 
Hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

* Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
* Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
* Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
* Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)


 
Hari haram berpuasa sunat

* Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
* Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
* Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
* Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
* Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
* Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban
 
 
 
 
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa.....

Petikan dari Astro Awani. Buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd ditulis oleh Datuk Ismail Kamus dan Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

No comments:

Post a Comment